Tips Memilih Sofa Murah dan Sofa Cantik untuk Ruang Tamu

Sofa cantik?  Ia merupakan satu idaman setiap manusia dan merupakan satu perkara yang subjektif untuk dipilih dan pemilihannya bukanlah sembarangan. Ia dianggap perabot 'harga keras' dimana pembelinya perlu bijak mengambil keputusan sebelum membeli.

Ia merupakan satu perabot yang menghadirkan kesan yang berbeza dengan interior rumah. Sofa cantik ini selain dijadikan tempat duduk, juga bisa memberikan 'jiwa' kepada suasana dalam rumah. Sofa cantik juga merupakan satu pemanis dan ianya boleh menambahkan suasana rumah agar tampil lebih indah.

Sofa murah klassik, sukar dicari? Jom tengok alternatif ni..
Jika kita berminat dengan sofa jenis klasik, ia tidak begitu sukar dicari. Jika mahal, peminat boleh menggantikan bingkai kerawang sofa dari kayu jati kepada bingkai kerawang kayu mahogany. Yang menariknya ia merupakan sofa murah dan tidak kurang hebat kualitinya berbanding kerawang sofa dari kayu jati.

Sofa Kerawang Kayu Mahogany

Sofa murah dari PVC dan Separa PVC
Pemilihan sofa ini agak kritikal dan berbahaya jika tidak bijak menilai kualiti. Struktur jenis ini tidak nampak dengan pandangan mata kasar kerana ianya ditutup dengan fabric pvc dan ianya terlindung. 

AWAS KAYU SERBUK !! (Compressed Chip Board). Ianya memang sofa murah. Akan tetapi ketahanannya sangat tidak tahan lama dan mudah menyerap air. Kayu jenis ini mudah kembang. Jadi, berjaga-jaga dengan iklan sofa murah jenis PVC. 

Sofa PVC dengan kayu serbuk merupakan sofa murah tetapi ia mudah reput dan berkecai. Ia bukan sahaja menyusahkan anda untuk membuangnya kelak, akan tetapi yang lebih utama ia sangat merugikan wang dari dompet anda. Cara mengesannya ialah dengan mengangkat sedikit sofa ini dan membandingkan sofa ini dengan sofa lain yang ada dalam sebuah kedai. Cuba ketuk kayu sofa ini. Jika lebih berat bunyinya maka ianya jenis kayu padat bukan jenis 'habuk compressed'
Ingat! Lebih ringan lebih berisiko.


Struktur Sofa Murah dari Kayu Jenis Serbuk


Pilihan Warna Sofa
Jika perabot di rumah kita lebih banyak berbentuk aktik, maka pilihlah sofa jenis 'kerawang'. Bingkai putih lebih berkesan dan menampakkan ruang jadi lebih besar. Pililah corak fabrik yang terang lembut dan bercorak bunga. Sebaliknya jika perabot di rumah kita lebih kepada perabot moden, maka pilih lah sofa jenis moden seperti sofa 'L Shape' dan lain -lain.

SEBARANG PERTANYAAN & KERAGUAN MENGENAI SOFA?
CALL/WHATSAPP 019 200 6661
-TAIP : SOFA MURAH SOFA CANTIK 

CALL/WHATSAPP 019 200 6661
-TAIP : SOFA MURAH SOFA CANTIK 

CALL/WHATSAPP 019 200 6661

-TAIP : SOFA MURAH SOFA CANTIK -


No comments:

Post a Comment